
Menyediakan Perkhidmatan membuat Chop ( Rubber Stamp ) dan mencetak Pelekat Label Produk ( Sticker Product ) di sekitar kawasan Labuan. Servis Ekspress untuk perkhidmatan rubber stamp juga turut disediakan! Hubungi kami segera untuk info lanjut, Terimaksih.
Scroll Down
# Makluman Data Pelanggan dan Penggunaan Kredit Kad atau Debit Kad
Pihak kami tidak menyimpan sebarang maklumat Kredit Kad atau Debit Kad Pelanggan sebab semua pembayaran menggunakan Kredit Kad atau Debit Kad dibuat melalui Stripe dan maklumat transaksi disimpan oleh Pihak Stripe dan setiap maklumat pelanggan yang berurusan dengan kami adalah untuk tujuan rekod dan pengurusan dalaman syarikat kami dan pihak kami TIDAK akan menjual atau melakukan salah guna sebarang maklumat pelanggan untuk sebarang tujuan yang menyalahi undang-undang.
# Prosedur Penyediaaan Tempahan berkaitan Perkhidmatan seperti Pembuatan Chop, Cetak Kad Perniagaan, Cetak Pelekat (Sticker), Pembikinan TAG Nama atau ID Kad.
Tempoh masa diperlukan untuk menyiapkan tempahan yang berkaitan perkhidmatan agak berbeza dan pada dasarnya kami menetapkan setiap order yang berkaitan perkhidmatan akan mengambil masa 24 Jam hingga 3 hari Berkerja masa pemprosesan selepas menerima pembayaran sepenuhnya mengikut jumlah nilai dalam order atau nilai dalam Artwork/Design yang kami hantar pada pelanggan.
# Harga dalam Order berbeza dengan Harga dalam Artwork/Design yang dihantar
Memang kadang-kala ada perbezaan harga dalam sesuatu order dengan harga yang terdapat di Artwork/Design yang kami hantar kerana pada masa tuan/puan membuat tempahan ianya belum termasuk kos tracing dan editing logo dan lain-lain.
# Di laman web ini kami memudahkan PROSES TEMPAHAN dan untuk PEMBAYARAN tidak di proses Secara Online kerana dalam Order berkaitan percetakkan/perkhidmatan seperti tempahan Rubber Stamp, Print Business Card dan lain-lain kadang kala ada perubahan harga sebab harga yang tertulis di Order Form belum mengambil kira kerja-kerja tambahan seperti tracing dan editing logo dan lain-lain
# ArtWork/Design akan dihantar selepas pihak kami menerima Pembayaran Sepenuhnya. Perubahan boleh dibuat sebanyak 3 kali dari Artwork/Design yang kami hantar.
# Jika sekiranya tiada sebarang artwork diperlukan maka pelanggan hanya tunggu pengesahan dari pihak tentang jumlah sebenar yang perlu dibayar.
# Prosedur Pengiriman Barang
# Pihak kami amat mementingkan kualiti barangan dan penghantaran barangan kami.
# MyLabuan Enterprise (RizQi Stamp) akan membuat penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
# Kos penghantaran berdasarkan kepada destinasi dan berat barang tersebut.
# Kos penghantaran barangan akan dimaklumkan selepas pihak kami menerima tempahan yang lengkap.
# Caj penghantaran akan dikenakan kepada setiap pelanggan.
# Sila berikan maklumat seperti nama, alamat dan nombor telefon yang tepat seperti di WhatsApp atau laman web lain.
# Pihak kami akan memproses tempahan pelanggan selepas pengesahan pembayaran bayaran dilakukan.
# Pelanggan boleh membuat tempahan produk secara
Call/SMS/WhatsApp : 6088-338083 / 60198813858 pada setiap hari termasuk hari
sabtu, ahad dan cuti umum.
# Pihak kami hanya akan membuat pengeposan barang pada hari bekerja Isnin-Jumaat (10.00 pagi sehingga 3.00 petang) sahaja.
# Pihak kami hanya akan membuat pengeposan pada hari yang sama jika menerima pembayaran sebelum jam 9:00 pagi.
# Jika pelanggan membuat pembayaran selepas jam 12.00 tengahari pihak kami akan membuat penghantaran hari berikutnya.
# Warranty Barangan
1) # Warranty 7 Hari : Untuk Handle/Body Rubber Stamp Sahaja
# Pengesahan Penghantaran (Tracking Number)
Selepas barang pesanan pelanggan diambil oleh pihak PosLaju / Mantap Express atau lain-lain syarikat penghantaran, nombor rujukan (tracking number) akan dimaklumkan melalui email atau WhatsApp oleh pihak kami selewat-lewatnya pada pukul 6 petang.
# Cara Pembungkusan :
# Semua barang/produk akan dibungkus dengan kemas untuk menjamin tahap keselamatan semasa penghantaran.
# Pihak kami akan membuat pengkelasan barang sama ada barang tersebut
perlu dihantar menggunakan beg plastik atau kotak bagi memastikan barang
tersebut diterima dalam keadaan yang baik (mengikut saiz dan jenis
barang yang dipesan).
# Tempoh Penerimaan Barang
# Tempoh penerimaan barang 3-5 hari bekerja dari tarikh penghantaran.
# Jika pelanggan belum menerima barang selepas 5 hari bekerja ianya
dihantar, pelanggan perlu memaklumkan pihak kami dengan kadar segera
WhatsApp : 6088-338083 / 60198813858
# Pelanggan diminta untuk menghantar WhatsApp : 60198813858 atau
email semula maklumat seperti nama penuh, alamat lengkap, no.telefon,
jenis produk dan kuantiti serta tracking number kepada kami.
# Pihak kami akan membuat semakan penghantaran dengan pihak syarikat penghantaran
# Cara Pembelian Dan Penghantaran.
1 ) Kos Penghantaran Barangan RM15 untuk Kawasan Jaraknya Kurang 15 KM dari Putatan.dan Pembayaran sepenuhnya sebelum penghantaran barangan
2 ) Penghantaran Dengan Courier Service (Seluruh Malaysia) : Tempoh Terima Dalam 3 - 5 Hari Berkerja
# RM15:00 Untuk Setiap 1 Kg (Sarawak & Semenanjung Malaysia)
# RM10;00 Untuk Setiap 1Kg (Sabah & Labuan)
# Persetujuan Pelanggan
Setiap pelanggan diwajibkan untuk membaca syarat-syarat yang tertulis di laman web kami dan juga sudah faham dan bersetuju dengan syarat-syarat yang kami tetapkan.
Faaiz
Sales Manager / Designer
RizQi Jaya Trading Labuan menyediakan Perkhidmatan membuat Rubber Stamp - Pocket Stamp - Keychain Stamp - Rubber Stamp Express - Chop Syarikat - Chop Guru - Chop Tarikh dan lain-lain lagi.